buku2ku

Pengumuman :

Tajuk lagu dalam Blog Ria ni ialah YOU dinyanyikan oleh JANNAH ALIA....harap sangat jangan bertanya lagi...tak larat dah nak jawab....maaf...thank sebab suka lagu itu walaupun bukan Ria yang nyanyi hahahahha

Followers

Wednesday, 7 March 2012

23
Komen

CERPEN : AKU KAHWIN DENGAN SIAPA? (full)


 Isa menarik perlahan tudung Ety. Itulah sikap Isa yang ummi dan abi tidak tahu. Dia suka mengusik Ety. Hatinya tidak dapat dikawal apabila melihat Ety. Mesti ada sahaja dia mahu lakukan.
            “Sopannya anak ustaz sorang ni?” Ety menyindir Isa. Geram sungguh hatinya diperlakukan sedemikian rupa. Ety sendiri sudah memahami sikap dan perangai Isa jika berjumpa dengannya.
            “Mestilah sopan. Kau tu! Sombong sangat dengan aku kenapa? Aku ajak couple tak nak!” Isa mula mengungkit.
            “Couple tu haram?” Ety berterus-terang. Dia memang cuba mengelak apabila soal percintaan  dibincangkan. Kalau boleh Ety mahu bercinta selepas kahwin. Kahwin dengan pilihan ibunya sendiri. Dia sudah serahkan semua itu kepada keluarganya.
            “Haram bila caranya salah. Kau ingat aku tak tahu ke?” balas Isa. Mereka berdua bersekolah di sekolah agama. Semestinya mereka tahu hukum hakam tentang agama.
            “Lebih kurang. Sudahlah tu Isa. Aku tak suka kau.”
            “Kenapa tak suka aku? Aku kacak, ilmu penuh didada dan semuanya boleh dikatakan lengkap.” Isa mula berbangga dengan dirinya sendiri. Dalam diam dia mengucap panjang apabila perasaan angkuh dan riak wujud dalam hatinya.
            “Satu aje aku tak suka.”
            “Apa dia?”
            “Mulut kau yang tak ada insurans. Tak pernah nak cakap baik-baik dengan aku. Benci!” Ety terus berlalu pergi. Tidak elok mereka berdua berbual seperti ini.
            Telefon bimbit yang berbunyi, membuat ingatan Isa pada gadis bernama Ety terus hilang.
            “Assalamualaikum...” Isa memberi salam.
            “Waalaikumusalam. Isa jangan lupa balik rumah Ummi.” Pesan Ummi sebaik sahaja menjawab salamnya. Hampir setiap hari ummi menghubunginya. Isa cuba bersabar. Setelah berbual seketika, talian ditamatkan.
‘Sakitnya kepala aku. Aku baru aje habis study, dah kena kahwin. Bukan aku tak nak tapi aku nak kerja dulu. Balas jasa ummi dan abi tapi mereka....’ Isa mengeluh berat.
            “Tak payah bagi ummi dan abi duit. Cukuplah anak ummi ni dengar dan patuh cakap ummi. Setuju ya dengan pilihan ummi?” Pujuk ummi. Mata seorang ibu bersinar menatap wajah anaknya dengan harapan dia bersetuju.
            ‘Aku tahulah ummi dan abi memang orang berduit. Aduh! Kenapa aku bersikap macam ni? Nampaknya kena balas jasa ummi dan abi dengan setuju dengan pilihannya.’ Kepala semakin pening.
            Isa mengurut lehernya yang terasa lengguh. Dia memandang gambar ahli keluarganya yang tergantung dalam biliknya.
            “Aku rindukan Ety.....” bibirnya berkata. Cepat-cepat dia beristighfar dalam hati apabila perasaan itu mula membuat dirinya hanyut.
            Masa berlalu terlalu pantas. Akhirnya Isa akan berkahwin. Dia melihat penampilan isterinya yang duduk agak jauh darinya.
‘Sejuk mata memandang isteriku ni. Ummi cakap dia cantik dan sopan santun. Bertuahnya aku. Aku memang impikan isteri yang memakai purdah. Aku ni mudah sayang pada orang tapi kalau aku dah sayang, jangan harap aku nak lepas.’
Akad nikah berlangsung dengan lancar. Hanya sekali lafaz, Isa sudah sah menjadi suami orang tetapi hatinya terdetik sesuatu yang mengusik jiwa. Nama. Nama isterinya seperti biasa disebutnya. Dia tidak mahu ambil kisah sangat lalu melupakannya.
“Adlene.” Isa menyebut nama isterinya ketika Isa ingin menyarungkan cincin perkahwinan mereka. Tangan Adlene sejuk. Isa tersenyum. Saat pertama kali mata mereka bertentangan, mata gadis itu membulat seakan terkejut. Teka Isa.
‘Adlene... Sungguh indah nama itu.’ Isa tersenyum manis. Dia berharap, perkahwinan yang diatu oleh keluarga ini akan bahagia selamanya.
"Abang nak makan apa?" Adlene bertanya. Merdunya suara isterinya. ‘Bilakah aku dapat melihat wajahnya. Sepatutnya aku boleh melihat wajahnya sebelum kahwin tapi aku tak mahu. Aku yakin dengan pilihan ibu. Kenapalah aku yakin sangat? Tengoklah, siapa yang kempunan?’ Dia mengeluh seketika.
“Abang nak makan lauk ayam tu, boleh tak?” Isa berkata agak manja. Perkahiwnan mereka hanya majlis akad nikah dan majlis kesyukuran sahaja. Bagi kedua belah pihak, persandingan tidak perlulah dibuat.
Kejap ya abang.” Purdah itu masih diwajah Adlene. ‘Kenapa sukar sangat mahu melihat wajah yang halal untuk aku pandang?’ Isa mengeluh berat.
Isa akui yang Adlene melayan dia dengan baik tapi baginya layanan Adlene tidak ubah seperti orang gaji. Makan, pakai dan segala keperluannya di sediakan dengan baik tetapi purdah itu masih setia di wajahnya. Dia tidak mahu macam itu.
Isa mahukan Adlene menjadi isterinya dalam maksud yang sebenarnya.
“Adlene, duduk sekejap sebelah abang.” Pinta Isa. Mereka perlu berbincang.
Adlene hanya mengikut sahaja. Dia duduk sebelah Isa dengan perasaan yang berdebar.
Adlene, kenapa awak tak bagi abang tengok wajah awak?” Isa mula bertanya dan tidak boleh bersabar lagi. Adlene seperti mahu bermain dengannya.
“Saya tak boleh....” nada Adlene perlahan sahaja.
“Apa yang tak bolehnya? Abang tak kisah siapa awak sebenarnya. Muka awak cantik atau tak...yang abang tahu abang suka wanita yang jadi isteri abang ini..." jelas Isa. Isa mengharapkan kepercayaannya terhadapnya.
“Adlene tak boleh abang. Bagi saya masa.” Kata Adlene. Pandangan matanya redup sekali.
Mereka sudah berkahwin dua hari tapi Isa masih tidak dapat melihat keindahan wajah isterinya.
Aku bukan seorang yang pemaksa tapi aku tahu aku ada hak atas dirinya.’ Isa hanya memandang Adlene yang sedang tertunduk itu. Akhirnya Isa keluar dari bilik itu.
*****
Adlene mengangkat sedikit kepalanya. Dia ingin memastikan sama ada Isa sudah keluar atau tidak.
‘Betul ke tindakan aku ni?’ Adlene membuka purdahnya.
‘Bagus! Lemah semangat aku tengok wajah suamiku yang kacak. Mama pun, ramai-ramai lelaki atas dunia ni, kenapalah dia pilih mamat ni? Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini. Hilangkanlah perasaan benci ini dalam diri ku yang serba berkurangan ini..Amin..’ kini hatinya sedikit tenang.
“Adlene, abang....” Tiba-tiba Isa muncul. Tidak sempat Adlene memakai purdahnya kembali. Isa terkedu melihat wajah isterinya.
“Ety....” hanya nama itu yang meniti di bibirnya. Dia kenal wajah ini. Wajah yang dirindui saban hari. Wajah yang cuba dia lupakan selepas melafazkan akad nikah dua hari yang lalu.
Kini, wajah itu juga yang menjadi bidadari dalam hidupnya.
“Ety, kau rupanya....” bahasa Isa sudah berubah. Hal ini kerana Isa sudah terbiasa bercakap dengan Adlene seperti itu.
“Isa, aku...” tiada kata yang mampu diucap oleh Adlene saat ini. Perasaan berdebarnya tidak dapat dikawal.
“Kenapa nak sembunyikan wajah yang cantik tu? Kau juga yang cakap nak bercinta lepas kahwin.” Kata Isa. Dalam hatinya dia amat bersyukur Adlene yang menjadi isterinya.
“Tapi aku tak nak kahwin dengan kau.” Kata Adlene. Dia mengucap dalam hati. Betapa berdosanya dia apabila berkata begitu.
Isa tertunduk wajahnya. Rasa sayu sahaja perasaannya. Terguris hati yang sememangnya untuk Adlene sejak dulu lagi.
“Kenapa?” Isa berusaha bersuara. Walaupun payah tapi itu hakikatnya.
“Cuma tak ada perasaan terhadap kau aje.” Lagi sekali Adlene rasa bersalah. Dia sedar yang dia sedang bercakap dengan seorang suami.
Adlene seorang wanita yang berpegang pada agama. Ajaran agama. Tetapi dia rasa gagal sebagai seorang isteri. Sepatutnya isteri patuh pada suami.
‘Tapi aku....’ Adlene benar-benar rasa bersalah.
“Tak apa. Kita boleh bercinta Ety.” Cadang Isa. Ia lebih kepada menyedapkan hati Isa yang sedang terluka.
Adlene terdiam.
“Baiklah!” kata Isa dengan beratnya. “Kita bercinta dalam masa tiga bulan, kalau Ety masih tak dapat terima Isa, Isa akan lepaskan Ety dengan rasa rela hati.” Sambung Adlene lagi.
Adlene tersentak.
“Okay, Ety setuju.”
“Tapi, kita kawan dulu.” Isa menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan Adlene.
“Okey kawan tapi saya.....” Adlene tidak dapat menyambut salam Isa. Isa tersentap. Baru dia sedar akan pendirian Adlene.
“Maaf....”
*****
Kini, sudah sebulan mereka menjalani kehidupan seharian sebagai kawan. Mereka hidup saling bantu membantu. Memandangkan Adlene seorang ustazah di sebuah sekolah, dia agak sibuk di belah pagi. Manakala Isa pula pulang kerja masa pejabat iaitu pukul 5 petang.
“Ety!” panggil Isa.
“Ya, Isa.” Sahur Adlene. Sejak dia mengenali Isa, dia tahu yang Isa seorang lelaki yang bertanggungjawab dan lemah lembut. Tidak seperti zaman persekolahan dulu,
“Ety, kenalkan ini Aisyah. Dia sepupu Isa.”
“Salam perkenalan.”
“Aisyah, inilah isteri abang yang selalu abang ceritakan tu, Adlene.” Isa tersenyum. Dia berasa senang dapat memperkenalkan Adlene sebagai isterinya.
“Apa khabar kak?” Aisyah bersalaman dengan Adlene.
“Khabar baik.”
“Aisyah akan tinggal di sini dua hari sementara familynya datang jemput. Ety berkawanlah dengan dia ya.” Kata Isa. “Ety, saya mandi dulu. Nak solat asar ni.” Isa terus menuju ke biliknya.
Apabila Isa menghilang, perwatakan Aisyah terus berubah.
“Abang Isa duduk kat rumah sempit macam ni? Baik dia kahwin dengan aku. Aku akan bagi dia rumah yang besar.” Kata Aisyah.
Tersentap hati Adlene. ‘Rumah yang besar ni dia kata sempit. Buta ke minah ni? Mula la aku nak hangin satu badan ni. Datang tak dijemput. Nak mengutuk rumah aku pula.’
Perubahan Aisyah membuat Adlene rasa sakit hati.
“Aisyah, kenapa ni?” lembut sahaja kata-kata Adlene.
“Kau tak payah tunjuk baiklah. Aku tahu yang kau nak bercerai sangat dengan abang Isa. Cepat-cepatlah korang bercerai. Boleh aku jadi penganti kau.” Kata-kata Aisyah cukup kasar dan biadap bagi Adlene.
Adlene terkejut. mungkin dulu dia mahu bercerai dengan Isa tetapi apabila menjalani kehidupan selama sebulan dengan Isa, dia rasa, kasih sayangnya ada untuk lelaki itu.
“Aisyah, awak jangan biadap sangat. Isa tu suami akak.”
“Apa yang aku nak peduli? Kau, kalau tak nak dia, tak payah nak simpan-simpan lagi. Ramai perempuan yang nak kan abang Isa tu.”
“Hey perempuan, bila masa aku cakap yang aku nak bercerai dengan Isa. Mulut tu jangan cakap lepas.” Marah juga Adlene dengan kata-kata yang lancar keluar dari mulut Aisyah.
Mereka berdua saling renung merenungi. Tajam.
“Eh, korang berdua masih ada kat sini.” Tiba-tiba muncul Isa menegur mereka.
“Abang Isa, Aisyah lupa nak bagitau abang tadi. Ummi kirim salam.” Sengaja Aisyah membuat suara yang manja.
“Waalaikumusalam. Ety tunjuklah bilik Aisyah.”
“Baiklah abang.” Adlene pun sengaja bermanja dengan Isa. Isa tersentap tapi akhirnya dia tersenyum.
“Terima kasih Ety. Hmmm, Isa nak tanya, mana sejadah dalam bilik kita tu?”
“Oh, Ety dah basuh. Kejap ya, Ety ambil.” Kata Adlene sambil berlari menuju ke bilik mereka. Dia mengambil sejadah yang baru dalam almari. Isa hanya mengikutnya di belakang.
“Abang solat dulu.”
Adlene memandang tajam pada Aisyah yang sedang tersenyum sinis. Adlene menunjukkan bilik tetamu.
“Apa motif kau datang sini?”
“Rampas abang Isa.” Selamba sahaja jawapan Aisyah.
Adlene cuba sabarkan hati. Dia cuba berlembut.
“Aisyah, Isa tu suami akak. Tolonglah jangan buat macam ni. Salah. Berdosa Aisyah.” Kata Adlene. Dia cuba memujuk.
“Dosa? Akak jangan nak cakap pasal dosa dengan saya.” Aisyah juga cuba berlembut. “Akak buat dosa dengan abang Isa tu tak apa? Sebenarnya saya nak selamatkan akak dari terus buat dosa. Dosa dengan suami.” Jelas Aisyah.
“Dosa apa pula?” Adlene mula tidak sedar akan apa yang dia lakukan.
“Dosa tak jalankan tanggungjawab seorang isteri. Abang Isa selalu mengadu pada saya. Saya rela jadi penganti akak kerana lelaki sebaik Isa.” Aisyah berkata.
Adlene tertunduk. Dia akui yang dia tidak sepenuh menjalankan tanggungjawab seorang isteri tetapi kami kan masih dalam proses berkawan dan mengenali hati budi masing-masing. Isa tidak sepatutnya menceritakan masalah rumah tangga kepada orang luar.
“Aisyah berehat la dulu.” Adlene mengalah. Dia keluar dari bilik tersebut.
“Ety...” panggil Isa.
“Ya, Isa?” sahut Adlene.
Dahi Isa berkerut. ‘Tadi bukan main lagi panggil abang. Bini aku ni emosi bercelaru ke?’ Isa tertanya-tanya.
“Malam ni Ety masak untuk Ety aje ya? Isa ada hal nak keluar dengan Aisyah. Katanya nak minta Isa jumpa seorang ustaz ni. Urus anak-anak yatim. Ety elok-elok duduk kat rumah ya?” pesan Isa.
Tersentap hati  Adlene. Perasaan cemburu mula bercambah.
“Ety tak boleh pergi sekali ke?”
“Tak payahlah.” Isa berlalu ke bilik untuk bersiap.
“Tapikan Isa kan baru balik?”
“Kenapa dengan baru balik?” Isa tidak faham. Adlene tertunduk. Entah mengapa dia terasa berat hati untuk melepaskan Isa pergi. Sikap dan motif Aisyah membuat Adlene rasa sakit hati.
“Isa, saya tak sihat la. Isa teman Ety boleh?” kata Adlene dengan tiba-tiba. Dia ingin berpaut pada Isa tetapi dia malu. Tidak sanggup rasa bersentuhan dengan Isa kerana hatinya akan berdebar hebat.
Memang. Memang dia tipu perasaannya yang dia begitu sukakan Isa. Dia tipu dirinya tentang perasaan terhadap Isa.
Apabila ada persaingan, perasaan itu kuat dirasainya. Tidak sanggup dia melepaskan Isa. ‘Sebenarnya aku kahwin dengan siapa ni? Isa  kan? Kenapa aku tak yakin dari dulu lagi.’ Adlene rasa menyesal.
“Awak tak sihat? Awak baringlah.” Terkejut Isa. Dia ingin menyentuh Adlene. Lemah sahaja tubuh wanita ini tetapi dia tidak berani menyentuh Adlene keran bimbang dimarahi.
Di awal perkahwinanya, Adlene melarang dia menyentuhnya.
Adlene berbaring atas katil. Isa menyelimutkan Adlene apabila dia yakin yang wanita itu tidur. Perlahan-lahan Isa keluar.
Adlene perasan.
“Aisyah, jom! Ety dah tidur.”
“Baiklah abang Isa!”
Adlene yang pura-pura tidur terasa sakit di hati. Sanggup Isa meninggalkannya dalam keadaan sakit macam ni. Sampai hati Isa. Dia menangis.
Jam dinding telah menunjukkan pukul 1 pagi. Adlene masih setia menanti Isa.
Akhirnya Isa pulang juga.
“Ety!” tersentap Isa. ‘Awat minah ni tak tidur lagi.’
“Isa, awak ke mana?”
“Tak ke mana pun. Jumpa Ustaz.”
“Tipu!” jerit Adlene. Air matanya mengalir.
Terkejut Isa melihat air mata isterinya mengalir.
“Kenapa ni Ety?” Isa terasa pelik.
“Isa, awak tak suka saya ke?”
“Eh, bukan awak yang tak suka saya?” Pertanyaan Adlene dijawab dengan pertanyan oleh Isa.
“Saya....” Adlene pula yang tak dapat nak menjawabnya.
“Sudahlah!” Adlene menuju ke biliknya. Hatinya sedih. Kini, dia yakin yang Isa sudah tak suka padanya.
Isa terpana tetapi dia buat tidak tahu. Dia biarkan Adlene menangis sendirinya dalam bilik mereka. Isa hanya tidur di ruang tamu sahaja.
*****
Hati Isa tidak tenang. Dia terkejut apabila dia tersedar untuk solat subuh, dia melihat Adlene sudah tiada di bilik mereka. Dia ternampak sepucuk surat.

Lebih baik Isa ceraikan Ety daripada menyeksa perasaan Ety.....

“Ety!!!” Terketar-ketar tangan Isa memegang surat yang ada ditangannya.
Rupa-rupanya Adlene tidak sempat keluar daripada rumah kerana dia tidak berjaya membuka pintu pagar rumahnya. Selama ini pun Isa yang selalu membuka dan menutup pintu pagar rumah mereka. Sukar bagi Adlene membukanya.
Isa yang ternampak Adlene masih di luar rumah, segera dia berlari dan memeluk tubuh Adlene.
“Lepaskan saya!” jerit Adlene. Dia tidak suka Isa menyentuhnya.
“Awak nak ke mana? Isa takkan lepaskan awak!” Kata Isa.
Tubuh Adlene terus diangkat dan dibawa masuk ke dalam rumah. Dia menutup rapat pintu rumah.
“Saya nak balik rumah ummi saya!”
“Baiklah, biar Isa yang hantar.” Jawab Isa.
“Tak perlu!”
“Kenapa pula? Saya suami awak! Biarlah saya hantar awak.”
“Tak nak! Tepi la!” Buat pertama kali Adlene menyentuh Isa. Dia menolak kuat tubuh lelaki itu supaya ke tepi.
Isa sengaja mengeraskan badannya.
“Ke tepi!” Adlene masih tidak berpuas hati.
“Minah ni!” Geram Isa. Dia memeluk erat tubuh Adlene. Adlene meronta.
“Lepaslah!” makin lama, makin erat pelukan Isa. Begitu juga hati Adlene. Makin lama, makin kuat debaran di hatinya.
Akhirnya dia memeluk Isa. Dia menangis  semahunya di dada Isa. Isa terasa pelik tetapi hanya membiarkan sahaja.
“Kenapa awak seksa perasaan saya? Awak kata nak kita berkawan dulu. Ya saya setuju tapi kenapa awak bawa Aisyah. Dia suka pada awak. Dia nak rampas awak dari saya.” Kata Adlene.
“Apa? Aisyah suka saya? Lagi bagus!”
Adlene mengamuk mendengar kata-kata Isa. Dia memukul dada Isa walaupun masa itu tangan Isa kukuh memeluknya. Isa selesa dapat memeluk Adlene seperti itu. Bukan selalu dia dapat melakukannya.
“Isa, saya sukakan awak sejak dulu lagi. Saya sengaja menidakkan perasaan ni sebab saya malu. Malu dengan lelaki.”
“Kenapa malu dengan lelaki?”
“Sejak kecil saya dididik supaya malu dengan lelaki. Tundukkan pandangan. Jangan pandang lelaki. Tetapi apabila dengan awak, saya tak dapat kawal diri ni. Saya nak tengok awak selalu sehingga saya lalai. Jika awak yang buat saya banyak dosa, saya rela tinggalkan awak tetapi awak kembali semula dalam hidup saya selepas kita tamat belajar. Awka kembali sebagai suami saya. Saya benar-benar terkejut. saya tak dapat nak terima kenyataan lelaki yang pernah saya suka dulu kini jadi suami saya.” Jelas Adlene panjang lebar.
“Lor, tak salah pun Isa jadi suami awak.”
“Entah la. Tapi bila Aisyah cakap suka pada awak. Saya rasa tergugat. Layanan awak pun biasa aje pada saya membuat saya rasa terancam. Tak ada niat pun nak bercerai dengan awak. Isa, terimalah saya sebagai isteri awak yang sebenarnya.” Pinta Adlene.
Isa memandang isterinya yang dia sedang peluk itu. Air mata wanita ini masih mengalir.
“Dengan siapa Isa kahwin ni?” sengaja Isa bertanya.
“Dengan Ety Adlene. Ety Adlene menyintai Isa kerana Allah. Kerana kasih seorang isteri terhadap suaminya. Kerana Suaminya menyintai Allah. Kerana Suaminya melayan Isteri dengan baik. Kerana cinta ini.” Kata Adlene
Perlahan-lahan Isa meleraikan pelukan yang erat tadi. Terpana Adlene.
“Terima kasih Ety...” Isa membelakangi Adlene. Hatinya benar-benar bersyukur dengan luahan isteri tercinta.
Dia ingin melakukan sujud syukur. Dia bersyukur sangat.
“Abang Isa...” panggil Adlene.
“Kita bina hidup baru. Kehidupan yang diredhai Allah,” Kata Isa. Adlene tersenyum. Pantas tangan Isa diraih oleh Adlene. Dia bersalam dan mencium tangan Isa. Sudah lama dia ingin melakukan perkara itu.
“Terima kasih abang...” ucap Adlene. Mereka saling membalas senyuman.
“Terima kasih juga pada Allah, sayang. Dia yang menyatukan kita.” Nasihat Isa. Adlene mengangguk.
“Tapi Aisyah pergi mana abang?”
“Abang pergi hantar ke rumah suaminya. Ustaz yang nak jumpa abang tu suaminya. Abang baru tahu tadi yang dia dah kahwin.”
Adlene termalu.
“Abang ada cerita masalah kita ni pada Aisyah?”
“Tak ada pun. Kenapa?”
“Jadi mana dia tahu kita ni tak bahagia?” Adlene tertanya-tanya.
Tanpa mereka berdua sedari, Aisyah terdengar perbualan mereka semasa perkara itu dikatakan.
“Saja nak menyibuk! Seronok tau jadi pelakon tambahan.” Kata Aisyah apabila mendapat tahu yang mereka berdua sudah bahagia.
“Tapi real la Aisyah berlakon. Takut juga akak kalau Aisyah betul-betul nak rampas Isa.”
“Apa kejadah pula Aisyah nak rampas suami orang. Akak ni.”
“Manalah tahu.” Akhirnya mereka berdua ketawa gembira.
P/S : Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh. So, lakukan semua perkara kerana Allah. Insya-Allah, keberkatan itu ada bersama. Amin..

23 comments:

  1. kak ria, best cite ni,kelakar pun ada :)

    ReplyDelete
  2. seronok baca, islamic theme tu sy suka. tapi watak ety adlene ni nampak mcm celaru. tak faham kenapa dia perlu jadi begitu. hehehe.. sedangkan dia sepatutnya tidak bertindak begitu kerana ilmu agama dia penuh di dada.. kalau watak wanita biasa saya rasa boleh terima...just my 2 cent..

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya la kan.. kita rasa apa yg logik..tapi bila kita alami realiti perasaan sebenar.. kadang2.. tinggi mana pun agama seseorang..kalau dah bab cintan cintun tu... parah beb ... yg betol jadi salah..yg salah jadi betol.. belum lagi tanya sama hati ... masalah kat dunia ni yg paling sakit adalah..BAB CINTAN CINTUN la ... poning kepala..

      Delete
  3. best nya sis..lma suda tunggu n3 ni...

    ReplyDelete
  4. best, kelakar, tema islamic..gud job sis...;)

    ReplyDelete
  5. salam ria..
    fuyoooo sentap la novel ny..tema islamik teruja dan terasa d hati ny..(cewah bermadah lak)..haha
    jln cite yg bagus dan terbaik la dek terus kan berkarya....

    ReplyDelete
  6. Citer ni best tapi macam ada serupa dengan citer lainlah..

    ReplyDelete
  7. bestla cerita ni
    kelakar ada sedih pun ada
    nasib baik si Aisyah tu cuma berlakon je
    Kalau tak habis Ety

    ReplyDelete
  8. bgusnye cite ni... sy suka.. A++++ tuk cerpen ni... hehehe

    ReplyDelete
  9. Eeeiiu bestnye brcinta slps nikah... Makkk cari kn jodoh utk sy yea...hiihi

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi